Membawang Hari Ini

Harith layak ke final Funniest Person In The World

PELAWAK, Harith Iskander layak ke final pertandingan ‘standup comedy’ antarabangsa, Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland, semalam.

Pada peringkat separuh akhir, Harith berjaya menduduki tempat pertama, menewaskan tujuh peserta lain yang mewakili lima buah negara.

“Pemarkahan dilakukan berdasarkan dua kaedah, iaitu melalui sistem penjurian serta undian online yang dibuat oleh pengguna internet.

“Saya tidak tahu markah undian online saya. Cuma, saya memperoleh 29 markah daripada 30 markah daripada tiga juri professional,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain Haris, empat peserta lain turut layak ke final yang dijangka berlangsung esok di venue yang sama.

Jelasnya, dia akan cuba membuat lawak yang terbaik di final sambil mengharapkan majoriti rakyat Malaysia akan mengundinya, sekaligus memberikan peluang cerah kepadanya untuk bergelar juara.

“Saya belum dapat link laman web yang membolehkan netizen mengundi saya. Sekiranya menerima link tersebut, saya akan umumkan di Facebook dan Twitter rasmi saya.

“Saya harapkan undian serta doa masyarakat agar saya boleh memenangi pertandingan ini. Amin,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");