Isu Panas

Serang pembangkang taktik sorok masalah dalaman parti

ALOR SETAR – Umno Kedah kelihatan seperti cuba menyembunyikan perpecahan besar yang berlaku sesama mereka dengan menghalakan ‘serangan’ kepada pihak pembangkang.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, Nurul Amin Hamid berkata, ketakutan Umno dengan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terlalu zahir sehingga keluar ungkapan-ungkapan pelik.

“Ini terbukti semasa Perhimpunan Agung Umno 2016 yang disifatkan paling getir bagi Umno untuk menghadapi PRU14.

“Kecaman demi kecaman yang dilemparkan oleh pemimpin Umno terhadap pemimpin serpihan parti itu yang jelas ketakutan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, Umno kelihatan sangat terjejas untuk meneruskan kuasa pemerintahan mereka dengan wujudnya PPBM.

“Umno tidak boleh menafikan dan merendahkan rakyat bahawa rakyat pada masa kini amat celik dalam menentukan kerajaan terbaik untuk mengemudi Malaysia.

“Kesilapan besar adalah memilih parti yang menekan, memeras, menzalimi rakyat, memilih pemerintah yang tidak mengikut acuan ALLAH dan Rasul,” katanya.

Jelasnya, selagi mana manusia tidak tunduk sepenuhnya kepada kehendak ALLAH, selagi itu manusia berada dalam kesilapan besar dalam hidup mereka.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");