Isu Panas

Henti kelirukan rakyat

KOTA BHARU – Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad perlu hentikan tohmahan tidak berasas kepada kerajaan hingga boleh kelirukan rakyat.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, beliau kena fikir panjang dan tidak perlu cari salah (Umno) sampai begitu sekali.

“Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bantuan kerajaan kepada rakyat kurang kemampuan tanpa kira fahaman politik, kenapa jadikan isu halal haram, apa yang rasuahnya?.

“Takkanlah nak bantu rakyat pun dikatakan rasuah, dalam Islam kunci dia ikhlas kerana ALLAH. Bagi saya Tun Mahathir sudah tidak relevan, memang diakui dia banyak jasa tetapi cukuplah setakat itu,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Barangan Persekolahan Dun Kok Lanas, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Tun Mahathir yang sifatkan pemberian BR1M seperti memberi rasuah kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Md Alwi berkata, sebagai negara berdemokrasi Tun Mahathir berhak bersuara tetapi kena melalui saluran betul.

“Kalau tak suka Datuk Seri Najib Tun Razak dia kena kempenlah dalam PRU14 nanti.

“Kita hormat beliau sebagai bekas perdana menteri dan negarawan tetapi beri ruang orang lain buat kerja pula,” katanya.

Ditanya mengenai bantuan barangan persekolahan beliau berkata seramai 1100 penduduk miskin Dun Kok Lanas menerima bantuan berupa dua set baju, kasut, beg sekolah dan kelengkapan lain dengan nilai keseluruhan RM220,000.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");