Isu Panas

Jangan pandang remeh politik keterlaluan pembangkang didalangi DAP

KUALA LUMPUR: UMNO diingatkan supaya tidak memandang remeh budaya politik melampau pembangkang yang dipimpin DAP, kata wakil Perak, Datuk Mohd Zulkifli Harun.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput itu berkata, DAP adalah parti yang penyebar kebencian kepada rakyat sekali gus menimbulkan kemarahan masyarakat kepada kerajaan ditunjangi UMNO.

Katanya, pengalaman UMNO di Perak dalam berdepan dominasi DAP dalam pakatan pembangkang menyerlahkan rupa wajah DAP sebenar politik keterlaluan parti itu menyebar kebencian kepada rakyat.

“Jangan kita memandang enteng serta meremehkan gerakan politik keterlaluan puak pembangkang dipimpin DAP.

“Saban masa mereka menaburkan kekeliruan dan menyemai kebencian bagi menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan,” katanya ketika membahaskan usul ucapan Presiden sebentar tadi.

Justeru kata Mohd Zuklifli, UMNO perlu bermuhasabah dengan budaya politik DAP dan tidak terikut-ikut dengan rentak tari mereka sehingga lalai membela ahli parti dan rakyat.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");