Berita Hari Ini

Jenazah pemandu bas, anaknya selamat dikebumikan

JELUTONG – Jenazah pemandu bas ekspres, Zakeer Zubir, 32 dan anaknya, Nur Zara Natasya, 1 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Hashim Yahaya, Jalan Perak pagi tadi.

Kedua-duanya yang maut dalam kemalangan di KM137.4 Lebuhraya Plus arah Utara Pagoh, Muar Johor itu dikebumikan dalam satu liang lahad.

Sebelum itu jenazah dua beranak itu tiba di masjid berkenaan pada jam 5 pagi dengan dibawa sebuah van jenazah dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Lebih daripada 80 ahli keluarga termasuk rakan-rakan turut menghadiri majlis pengkebumian yang bermula selepas solat Subuh.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila kelihatan ibu arwah, Rasidah Abdul Rahim, 61, serta dua lagi anak mangsa, Nur Zulaikha, 4, dan Nur Zafirah, 2.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");