Jenayah

Kemalangan maut, polis mintak saksi tampil

MARAN – Polis minta saksi kemalangan maut di Kampung Awah tampil membantu siasatan melibatkan kereta jenis Kenari dan motosikal jenis Yamaha di Kilometer 113 Jalan Kuantan – Kuala Lumpur berdekatan simpang masuk ke Taman Awah Permai, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, dalam kejadian tersebut dua orang mangsa iaitu penunggang motorsikal dan penumpang hadapan kereta yang mendapat kecederaan parah di bahagian kepala telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dalam kejadian jam 7.15 malam itu, siasatan awal mendapati motosikal tersebut dalam perjalanan balik daripada Temerloh ke rumah sewa mereka di Taman Awah Permai manakala motosikal daripada Maran hendak ke tempat kerja di Pekan Kampung Awah.

“Tiga orang penumpang belakang kereta mendapat kecederaan ringan dan dibenarkan keluar hospital setelah mendapat rawatan di wad pesakit luar Hospital Temerloh, manakala pemandu kereta yang mendapat kecederaan di bahagian mata kanan masih menerima rawatan di hospital sama.

“Mangsa yang meninggal dunia ialah penunggang motosikal, Wong Chee Seng, 18, yang bekerja sebagai mekanik dan guru di Kolej Vokasional Pertanian Chenor, Nurul Fadhilah Lamri, 24, iaitu penumpang hadapan kereta,” katanya.

Mat Rizal berkata, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti punca kemalangan.

“Saksi bebas yang melihat kemalangan berlaku boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Riduan Ab Razak di talian 017-3242787 @ 09-4771139 untuk membantu siasatan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");