Berita Hari Ini

Lantik menteri sesuai dengan latar belakang

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang melantik menteri Kabinet yang mempunyai latar belakang bersesuaian dengan portfolio mereka.

Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar berkata, ini bagi memudahkan menteri tersebut lebih memahami sesuatu isu berkaitan kementerian mereka.

“Saya ambil contoh isu guru duka lara yang dapat perhatian Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Tok Det (gelaran Mahdzir) faham isu ini kerana beliau merupakan bekas guru.

“Mungkin kalau menteri yang jaga isu barang kena ambil tauke kedai runcit. Menteri belia dan menteri agama sekarang dah sesuai dah,” katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini, hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");