Sukan Hari Ini

Nasriq lega kontrak sambung

Seremban: “Saya akui lega dengan keputusan PBNS memperbaharui kontrak setahun lagi dan keputusan itu sememangnya membakar semangat untuk terus berusaha keras memberikan sumbangan lebih baik musim depan,” kata pemain tengah Negeri Sembilan Mohd Nasriq Baharom.

Nasriq, 30, antara sebahagian pemain musim 2016 yang dikekalkan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017, yang dijadual membuka tirainya 20 Januari depan.

“Saya bersyukur kerana kontrak dilanjutkan pengurusan pasukan dan ini membuktikan khidmat serta sumbangan yang diberikan sepanjang musim 2016, mendapat perhatian pihak pengurusan,” katanya semalam.

Mengulas mengenai perubahan bagi menghadapi saingan musim depan, bekas pemain Selangor dan FELDA United itu, mengakui langkah membawa masuk Pengarah Teknikal Jorg Peter Steinebrunner dari Jerman, akan membawa hasil.

“Saya yakin pemain bukan saja dapat menimba pengalaman dan pelajaran baharu tapi mampu memberi impak positif terhadap prestasi serta persembahan pasukan,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");