Jenayah

Nelayan jumpa mayat dalam jaring

KOTA TINGGI: Seorang nelayan terkejut apabila menemui mayat yang tersangkut pada jaringnya di tengah laut Tanjung Buai, Teluk Sengat, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, anggota bertugas pejabat pertanyaan Balai Polis Teluk Sengat menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan terjumpa mayat di dalam laut pada jam 10 pagi.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mayat lelaki itu ditemui seorang nelayan apabila ia tersangkut pada jaringnya.

“Nelayan tersebut bertindak menarik mayat tersebut ke jeti Tanjung Buai dengan bantuan tiga buah bot penduduk tempatan.

“Keadaan mayat berbalut dengan besi pagar berwarna hijau dan terdapat tiga batu bata konkrit diikat dengan sauh besi,” katanya kepada Sinar Harian.

Rahmat berkata, pihaknya telah menghubungi Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Johor untuk bantuan siasatan.

“Mayat tersebut juga telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat esok jam 11.00 pagi,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");