Isu Panas

Pakatan Ketiga Dibentuk Selepas Parlimen Bubar – Takiyuddin

KUALA LUMPUR: Datuk Takiyuddin Hassan tidak menolak kemungkinan ada parti politik yang akan bergabung dengan PAS sebaik Parlimen dibubarkan.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, beliau percayai gabungan terbaharu itu mampu membentuk sebuah pakatan pembangkang yang lebih kuat.

“Sekarang ada dua blok, satu pemerintah iaitu Barisan Nasional dan blok Pakatan Rakyat, jadi tidak salah jika kita membentuk pakatan terbaharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sesi dialog sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2016 di sini, Jumaat.

Dialog bertajuk ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah; itu anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global Malaysia, Datuk Dr Nasharudin Md Isa sebagai moderator.

Tambah Takiyuddin lagi, pengalaman PAS sebagai salah sebuah parti politik tertua di negara ini diyakini mampu memperkasakan pakatan ke tiga itu.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");