Jenayah

Stor petrol terbakar, dua kenderaan musnah

KOTA BELUD: Dua kenderaan musnah selepas sebuah stor penyimpanan petrol di Kampung Rampaian Laut, di sini, terbakar, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 9.20 pagi.

“Dua jentera bersama tujuh anggota tiba di tempat kejadian jam 9.41 pagi dan api berjaya dikawal daripada merebak kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Affendy berkata, kebakaran itu turut memusnahkan dua kenderaan iaitu Isuzu Dmax dan Proton Saga yang diletakkan berhampiran stor berkenaan.

Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih disiasat.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");