Jenayah

Peragut seret wanita lima meter

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur: Seorang wanita diseret sejauh kira-kira lima meter oleh penjenayah ketika beg tangannya diragut di sebuah stesen minyak di Taman Ibu Kota, Setapak di sini, jam 8.30 pagi, Khamis lalu.

Mangsa berjalan bersendirian untuk masuk ke stesen minyak berkenaan sebelum diragut dua lelaki membonceng motosikal.

Perbuatan penjenayah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran dan berdasarkan rakaman video yang berdurasi 27 saat, suspek datang dari belakang mangsa sebelum meragut beg tangannya yang diletak di bahu kanan.

Bagaimanapun, mangsa yang berbaju kurung putih melawan dan berusaha menarik beg tangannya. Ia menyebabkan mangsa diseret sebelum wanita berkenaan terpaksa melepaskan beg tangan itu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");