Isu Panas

Rahman: Khalid Samad perlu belajar jadi gentleman

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad perlu belajar menjadi ahli Parlimen gentleman, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ini kerana, penggunaan perkataan yang tidak baik dari Khalid di Parlimen hanya akan mengundang reaksi negatif daripada pihak lain.

“Khalid memang cukup menguji kesabaran ahli Parlimen BN dan speaker di Dewan Rakyat.

“Bahasa yang digunakan cukup untuk mengundang kemarahan orang lain,” katanya ketika ditemui Sinar Online di sini, hari ini.

Hari terakhir Dewan Rakyat kecoh pada bulan lalu, apabila Khalid diserang oleh penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di luar Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini.

Serangan itu berlaku ekoran daripada kenyataan Khalid yang menggelarkan Tajuddin dengan gelaran ‘sial’ dalam sidang dewan sebelumnya.

Abdul Rahman bagaimanapun menentang keras atas insiden serangan tersebut.

Menurutnya, mana-mana individu yang menggunakan kekerasan dan kekasaran terhadap ahli Parlimen harus dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal.

“Saya tidak pernah bersetuju dengan keganasan yang berlaku di Parlimen.

“Apa yang terjadi di Parlimen tidak sepatutnya berlaku,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");