Sukan Hari Ini

Ramalan Guardiola benar belaka

TANGGAPAN awal Pep Guardiola mengenai kehebatan Antonio Conte ternyata benar, kata wartawan dan teman rapat bekas Pengurus Bayern Munich itu, Marti Perarnau.

Sebelum kempen Liga Perdana Inggeris bermula, Guardiola meramalkan Conte antara pengurus yang perlu diberi perhatian sepanjang musim ini.

Buktinya, selepas 13 perlawanan Conte berjaya mengubah hala tuju The Blues dan kini menerajui saingan liga.

“Guardiola anggap Chelsea sebagai antara pasukan pilihan menjuarai liga musim ini. Ternyata ramalannya setakat ini tidak tersasar.

“Dia juga menganggap Conte sebagai ancaman terbesarnya,” kata Perarnau.

Guardiola bakal menguji kehebatan taktikal Conte apabila kedua-duanya bertemu buat kali pertama dalam pertemuan liga di Stadium Etihad, malam esok.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");