Sukan Hari Ini

Safee hampir pasti ke PKNS

PKNS FC kini dalam peringkat akhir untuk mendapatkan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan.

Pengurus pasukan PKNS, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, semua terma termasuk gaji dan tempoh kontrak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Ketika ini, saya hanya boleh sahkan rundingan kedua-dua pihak hampir selesai, insya-ALLAH jika semuanya berjalan lancar kemungkinan peledak Harimau Malaysia itu bakal menjadi pemain ke-10 PKNS FC.

“Dan kita akan umumkan kepada semua dalam masa terdekat mengenai barisan pemain PKNS untuk musim depan,” katanya.

Teka-teki mengenai status bekas penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu menjadi tanda tanya selepas melihat Safee masih turun menjalani latihan bersama skuad Harimau Selatan itu.

Walaupun juara Liga Super itu mengesahkan yang Safee bakal meninggalkan JDT, namun tiada sebarang pengesahan dibuat daripada pengurusan PKNS sehingga kini.

Safee menyertai JDT pada 2013 dan telah membantu kelab itu merangkul dua gelaran Liga Super, Piala AFC dan Piala FA dalam tempoh tiga musim beraksi bersama skuad Harimau Selatan.

Skuad kendalian E Elavarasan yang muncul naib juara Liga Perdana di belakang Melaka United musim lalu akan beraksi dalam kancah Liga Super yang lebih mencabar dan sengit.

Selain Safee, Elavarasan turut berjaya memancing sembilan pemain tempatan yang bertaraf ‘bintang’ seperti Zamir Selamat (Perak), Azmi Muslim (Selangor), Affizee Mamat (Terengganu), Fauzan Dzulkifli (Pulau Pinang), Bobby Gonzales dan S Sivanesan (FELDA United) Khyril Muhymeen (Air Asia), Sabree Mat Abu (Kedah) dan K Gurusamy (Sarawak).-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");