Jenayah

Samseng jalanan kena angkut

Baling: Sebanyak 34 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dan 19 motosikal disita dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah Samseng Jalanan di Jalan Baru Kampung Tas-Kampung Padang dan Kampung Labai, di sini, semalam.

Operasi selama lima jam bermula 4.30 petang itu, memeriksa 55 buah motosikal selepas mendapat aduan orang ramai mengenai kegiatan samseng jalanan sehingga mengganggu pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, operasi yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Trafik Daerah Inspektor Tang Teck Hwee dan Ketua Unit Peronda Polis (MPV) Inspektor Wan Hasmanirah Wan Ishak bersama 30 anggota menjalankan operasi itu bagi membanteras kegiatan samseng jalanan.

Menurutnya, kebanyakan saman yang dikeluarkan itu kerana tidak memiliki lesen memandu, lesen kenderaan tamat tempoh dan mengubah suai kenderaan.

“Seramai 19 remaja lelaki yang ditahan dan motosikal mereka disita dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Baling untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil ujian air kencing mendapati dua remaja positif dadah syabu dan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Shariffuddin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan kegiatan samseng jalanan dan ibu bapa dinasihatkan mengawal pergerakan anak mereka dan tidak membenarkan remaja terbabit menunggang motosikal sesuka hati hingga terjebak perlumbaan haram.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");