Isu Panas

Umno perlu meremajakan parti

KOTA BHARU – Usaha meremajakan parti akan menjadi lebih sukar jika orang lama itu sendiri tidak mahu berundur.

Naib Pengerusi Kanan Veteran Umno, Datuk Mohd Rozali Isohok berkata, sewajarnya pemimpin Umno yang lama bersedia berundur bagi memberi laluan kepada calon muda bertanding pada PRU14 nanti.

Menyokong penuh usaha meremajakan parti, Mohd Rozali berkata, sepatutnya pemimpin veteran perlu berkorban demi parti keramat negara itu.

“Sememangnya wakil-wakil rakyat yang veteran patut berundur dan beri peluang kepada muka baru dalam parti.

“Saya cadang, kalau pemimpin sudah empat atau lima penggal jadi calon, mereka perlu buka ruang kepada orang muda bertanding. Kalau orang lama tidak mahu berundur, sukarlah usaha meremajakan parti dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas usul, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin semasa Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU 2016) supaya 30 peratus calon PRU14 adalah daripada orang muda.

Mohd Rozali berkata, pemimpin veteran diakui banyak pengalaman dan sudah terbukti boleh membantu parti, namun kali ini biarlah orang muda diketengahkan.

“Veteran serta calon-calon lama mestilah berjiwa besar termasuk mereka yang sudah beberapa kali kalah. Berilah peluang kepada orang lain.

“Saya dulu berundur ketika usia 49 tahun setelah tiga penggal menjadi calon. Saya buat begitu untuk beri peluang kepada orang muda terajui parti, ” katanya.

Beliau yang juga veteran Umno Kelantan turut menasihatkan supaya barisan pelapis kepimpinan perlu dibina untuk berdepan dengan cabaran semasa, termasuk juga pemimpin Umno di negeri ini yang perlu berkorban demi kepentingan parti.

“Lebih 3.5 juta ahli Umno yang ada dilihat boleh membawa kekuatan kepada parti, di samping membina perpaduan BN. Inilah yang cuba diteruskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PAU 2016,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");