Jenayah

Usus terburai ditikam pada majlis perkahwinan

LAWAS: Seorang lelaki parah dengan ususnya terburai selepas ditikam oleh seorang lelaki disyaki pesakit mental di Kampung Awat-Awat, Sundar, di sini, malam tadi.

Kejadian pada jam 8.30 malam itu berlaku ketika mangsa yang berusia 30-an bersama bapanya menghadiri majlis perkahwinan di kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad yang mengesahkan kejadian itu berkata, suspek tiba-tiba meluru ke arah bapa mangsa dan cuba menikamnya.

Bagaimanapun, tikamannya tersasar lalu terkena perut mangsa yang berada di sebelah bapanya.

Akibat tikaman itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan ususnya terburai keluar.

Suspek yang berusia 52 tahun dan mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa berjaya ditahan oleh penduduk kampung yang turut berada di majlis berkenaan.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu manakala suspek kini ditahan di Balai Polis Lawas.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti motif kejadian itu dan suspek dikatakan mengalami masalah mental,” katanya.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaab kerana mendatangkan kecederaan parah.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");