Jenayah

10 tiang elektrik tumbang angkara pemandu degil

Batu Pahat: Tindakan pemandu treler pengangkut jentera berat melalui kawasan perumahan di Taman Setia Jaya, di sini, mengundang padah apabila lebih 10 tiang kabel elektrik tumbang dan rosak termasuk menghempap dua kenderaan dalam kejadian jam 10.30 malam, kelmarin.

Saksi, Lim Ah Ba, 75, berkata, dia menyangka bunyi letupan kuat itu tanda hujan.

“Saya terdengar suara bising dan menjenguk ke luar rumah, namun terkejut melihat dua kereta dihempap tiang telefon manakala tiang lain terbaring di jalan.

“Terdapat sebuah treler membawa lori berhenti dan tidak dapat berganjak kerana terbelit kabel telefon. Mujur tiada sesiapa cedera,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati lebih 10 tiang rosak termasuk tumbang dan kontraktor dilantik sibuk melakukan kerja pembersihan selain pemasangan semula.

Seorang lagi saksi yang mahu dikenali sebagai Chan, 70, berkata, dia baru tiba rumah kira-kira 20 minit sebelum kejadian dan dentuman kuat berkenaan disangkakan bunyi guruh.

“Saya tidak keluar rumah sehinggalah orang bising di luar namun saya bernasib baik kerana kereta sudah diparkir dalam rumah jika tidak tentu dihempap tiang yang tumbang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, tiada laporan berhubung kejadian dibuat setakat petang semalam.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");