Berita Hari Ini

Amaran Ribut Petir Hingga Lewat Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Ribut petir diramalkan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak (Kuching, Rejang, Mukah dan Bintulu) hingga lewat pagi ini.

Memetik sumber Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan awal pagi ini berkata angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan berkenaan.

“Di kawasan perkapalan, ribut petir juga dijangka berlaku di perairan Selat Melaka, Bunguran dan Reef South hingga lewat pagi ini.

“Keadaan itu berkemungkinan akan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");