Sukan Hari Ini

Astafei tak sabar robek Melaka

Kuala Lumpur: Penyerang import baru Selangor dari Romania Victor Astafei tidak sabar untuk membuat penampilan pertama menentang Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) esok.

Bekas pemain kelab Romania Botosani FC itu menandatangani kontrak setahun dengan Red Giants minggu lalu dan kini berada di prestasi baik untuk diturunkan jurulatih P Maniam.

“Saya gembira bersama antara pasukan yang paling berjaya di Malaysia. Selangor sudah memenangi 33 Piala Malaysia dan itu bagi saya pencapaian cukup besar. Setiap pasukan yang saya sertai, saya pasti mahukan kejayaan.

“Jadi saya berharap dapat membantu kejayaan pasukan,” katanya ketika ditemui Arena Metro.

Astafei penyerang kedua dibawa masuk Maniam selepas beliau turut mendapatkan khidmat bekas pemain FELDA United Francis Forkey Doe.

Selain Forkey Doe, pertahanan Ugo Ukah turut beraksi pada perlawanan pertama Selangor ketika mengalahkan Pulau Pinang 2-0 minggu lalu.

Kehadiran Astafei, 29, dilihat tepat pada masanya apabila kedudukan Forkey Doe untuk beraksi masih belum pasti akibat kecederaan belakang manakala seorang lagi pemain import Juliano Mieniro Fernandes yang didaftarkan pada saat akhir mungkin masih memerlukan masa untuk serasi dengan rakan sepasukan.

“Saya sudah bersedia untuk bermain pada perlawanan pertama. Saya berusaha keras dalam latihan untuk berada di tahap terbaik dan sememangnya berharap akan diberikan peluang pada perlawanan nanti,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");