Sukan Hari Ini

China bakal dikenakan hukuman

Berlin: China berdepan hukuman penggantungan setahun dalam acara angkat berat antarabangsa selepas tiga pingat emas Olimpik 2008 yang dimenangi atlet mereka, ditarik balik berikutan ujian terhadap sampel yang diambil ketika temasya Beijing menunjukkan tanda positif.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata, pihaknya sudah membatalkan pingat emas acara angkat berat yang dimenangi Cao Lei (gambar, 75kg), Chen Xiexia (48 kg) dan Liu Chunhong (69kg) ketika temasya Beijing selepas didapati bersalah menggunakan bahan terlarang.

IOC turut membatalkan penyertaan lima lagi atlet yang bertanding di Beijing dan London 2012 termasuk Nadzeya Ostapchuk (Belarus) yang memenangi tempat ketiga lontar peluru wanita di Beijing kerana menggunakan anabolic steroid.

Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa pernah berkata bahawa tiga atau lebih atlet dari mana-mana negara yang gagal ujian doping akan dilarang menyertai pertandingan dalam tempoh setahun.

IOC menyimpan sampel selama 10 tahun dan bakal mengadakan ujian semula menggunakan kaedah terbaru bagi mengelak sebarang penipuan.

Ujian semula sampel doping dari temasya Beijing dan London sudah menelan ‘mangsa’ seramai 101 orang dengan atlet Russia paling ramai dikesan melakukan kesalahan.

Acara sukan yang paling tercemar ialah angkat berat 38 kes diikuti olahraga, 31 kes. Tiga lagi acara lain ialah berbasikal, renang dan gusti.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");