Berita Hari Ini

Kerajaan Pantau Situasi Banjir – Najib

SHAH ALAM : Kerajaan sedang memantau dan meneliti perkembangan terkini mengenai banjir di Johor dan Pahang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga akan memastikan bahawa bantuan akan segera tiba pada mangsa-mangsa banjir ini.

“Kerajaan sedang pantau teliti keadaan banjir di Johor dan Pahang serta sangat prihatin dengan jumlah mangsa yang meningkat.

“Justeru, kita akan pastikan bantuan sampai kepada mereka,” katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau, hari ini.

Sehingga kini, jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat sehingga 2,051 orang melibatkan Batu Pahat,Segamat, Kota Tinggi, Muar, Johor Bahru dan Kluang.

Sementara itu, di Pahang pula kawasan seperti Termerloh, Jerantut, Jengka, Kuala Lipis dan Rompin merupakan antara kawasan yang dinaiki air.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");