Sukan Hari Ini

Kuda Laut sasar juara Liga Pekola

Kuala Lumpur: Selepas terkandas pada separuh akhir Liga Persahabatan Rakyat Perlis 2016, Kuda Laut FC tekad untuk bangkit semula menjelang musim baharu dengan meletakkan sasaran muncul juara Liga Pekola anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kuala Perlis.

Menurut penolong jurulatih Kuda Laut, Mohamad Faizal Mohd Noor mereka terpaksa melupakan kekecewaan tumpas di separuh akhir Liga Persahabatan Rakyat Perlis kepada Usahakita FC 0-3 dan berazam untuk membuka lembaran baru tahun ini.

“Kami dibarisi ramai pemain muda dan ada di antara mereka masih bersekolah, jadi kami harus pandang ke depan serta melupakan kekecewaan sebelum ini,” katanya.

Jelasnya, walaupun tumpas di separuh akhir Liga Persahabatan Rakyat Perlis mereka tetap bangga kerana dapat mengharumkan penduduk seluruh Kuala Perlis.

Faizal mengakui sasaran muncul juara dalam saingan Liga Pekola tahun ini membantu meningkatkan pencapaian serta kedudukan tahun lalu apabila mereka menduduki tempat ketiga.

Kuda Laut turut dibarisi pemain skuad FELCRA FC, Shukor Azmi namun aksinya ditagih hingga suku akhir saja kerana perlu melapor diri dengan pasukan dari Liga FAM itu untuk musim baru Liga Malaysia.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");