Berita Hari Ini

Mahkamah Gugurkan Tuduhan Kes Kren Tumbang

RIYADH: Mahkamah di Arab Saudi telah menggugurkan 13 pertuduhan membabitkan tragedi runtuhan kren yang mengorbankan lebih 100 jemaah di Makkah, memetik laporan akhbar tempatan di laman web mereka.

Bagaimanapun pihak pendakwaan membantah keputusan yang dibuat pada Khamis lalu itu dan akan membuat rayuan seperti memetik laporan agensi berita Okaz.

Pertuduhan itu termasuk terhadap seorang hartawan Arab Saudi, selain dari Pakistan, Filipina, Kanada dan individu lain dari beberapa negara Arab seperti disiarkan Okaz dan Saudi Gazette berkaitan kes yang mula dibicarakan sejak Ogos lalu itu.

Sementara itu sepanjang lima bulan perbicaraan, sebuah mahkamah jenayah di Makkah memberitahu, ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes melibatkan pelanggaran keselamatan.

Malah tiada sebarang penjelasan mengapa laporan tersebut merujuk kepada 13 pertuduhan sedangkan pada perbicaraan awal ia melibatkan 14 pertuduhan.

Kesemua defendan telah didakwa dengan kecuaian yang mengakibatkan kematian, merosakkan harta benda awam dan mengabaikan garis panduan keselamatan di tapak kren runtuh di Masjidil Haram pada September 2015.

Terdahulu kren itu dikendalikan oleh syarikat pembinaan terkemuka Arab Saudi, Kumpulan Binladin dalam projek bernilai multi-bilion untuk membesarkan kawasan masjid.

Sekurang-kurangnya 109 individu termasuk jemaah haji dari negara luar terkorban dalam insiden tersebut menyebabkan pemerintah Arab Saudi, Raja Salman mengarahkan syarikat itu digantung selama beberapa bulan daripada menerima kontrak awam baharu.

Kumpulan Binladin ditubuhkan lebih 80 tahun lalu oleh ayah pengasas Al-Qaeda, Osama bin Laden dan telah membina banyak projek bangunan ikonik di Arab Saudi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");