Sukan Hari Ini

Nafi Rancang Cipta Perlumbaan Cabar F1

LONDON: Bernie Ecclestone menafikan dakwaan dia merancang untuk mencipta perlumbaan yang akan mencabar Formula Satu (F1) selepas hilang kedudukannya sebagai ketua eksekutif sukan elit bermotor itu.

Memetik sumber AFP, penguasaan Ecclestone selama 40 tahun sebagai supremo F1 telah berakhir awal minggu ini selepas syarikat Amerika Syarikat Liberty Media melengkapkan pengambilalihan bernilai STG6.4 bilion (RM35.60 bilion).

Chase Carey, yang juga pengerusi F1, diberikan gelaran CEO berikutan pengambilalihan itu dan menamatkan penguasaan lama Ecclestone.

Laporan turut menyatakan Ecclestone boleh mewujudkan saingan yang akan mencabar kejuaraan itu.

Namun kenyataan dikeluarkan semalam menjelaskan: “Saya ingin menjelaskan khabar angin yang saya akan memulakan siri perlumbaan untuk bersaing dengan Kejuaraan Dunia F1 FIA.

“Saya sudah membina Kejuaraan ini sejak hampir 50 tahun, yang membanggakan saya dan perkara terakhir yang saya mahu lakukan ialah memusnahkannya.

“Pemilik baharu syarikat boleh membawa pentadbiran syarikat itu ke arah berbeza daripada apa yang saya lakukan, iaitu memberikan keputusan kewangan kepada pemilik saham, tugas normal ketua eksekutif.

“Perkara ini sudah saya lakukan dengan pelbagai pemilik saham berbeza ketika saya memiliki 100 peratus syarikat. Saya memang mahukan kelebihan dimiliki Chase Carey, sebagai CEO.

“Saya harap penyokong F1 menghargai perkara ini ketika Chase cuba untuk membawa kembali wang dalam sukan ini.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");