Isu Panas

Pakatan Harapan Perlu Keanggotaan Yang Ikhlas

SEREMBAN – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan, Zulkefly Omar berkata, Pakatan Harapan memerlukan keanggotaan yang benar-benar ikhlas dari segi cara berfikir, bertindak untuk bersama mengalahkan BN pada pilihan raya Umum Ke-14 akan datang.

Ujarnya, apa yang diperkatakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah sangat jelas di mana memberi peringatan kepada PAS.

“Pandangan Dr Mahathir jauh ke depan untuk memantapkan Pakatan Harapan dengan secepat mungkin bagi menentang BN. Kita (Pakatan Harapan) sudah memberi tempoh masa sudah lama kepada PAS.

“Kenyataan Dr Mahathir itu sangat jelas sama ada pilih BN atau Pakatan Harapan. Tetapi sekiranya PAS masih suka bersendirian, jadi Pakatan Harapan perlu lupakan pakatan dengan PAS.

“Pas akan menyusahkan dan merosakkan rancangan Pakatan Harapan kerana tidak mempunyai pendirian yang jelas. Pas ni dia (parti itu) duduk di mana, pembangkang ke kerajaan. PAS sekarang ini boleh dikatakan di dalam krisis identiti,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan keyakinan bahawa pakatan pembangkang tidak memerlukan Pas untuk mengalahkan BN dalam PRU-14 kerana gabungan DAP, PKR, Amanah dan PPBM mencukupi.

Bagaimanapun, Zulkefly berkata, kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ‘bersedia’ untuk bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menjayakan agenda politik pembangkang hanyalah sekadar pandangannya sahaja.

“Itu pendapat beliau (Kit Siang) sahaja. Apa yang penting, apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir adalah sangat jelas untuk difahami semua.

“PAS tidak usahlah keluarkan kenyataan yang mengelirukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");