Perak Hari Ini

Panjat IPOH: Berani Perlu Ada, Tapi Jangan Memudaratkan

IPOH:”Kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk mendekati mereka dan bukannya hanya berkaitan dengan hukuman semata” kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai sekumpulan remaja yang memanjat papan tanda IPOH baru-baru ini.

Ujarnya, perkara itu boleh dinilai daripada aspek positif dan negatif dan kerajaan negeri sendiri menilainya secara objektif.

“Sikap berani itu baik, tetapi sekiranya tidak diletakkan pada tempatnya ia tidak akan memberikan kebaikan.

“Ada juga segelintir daripada umum tidak menyukai teguran seumpama itu namun sifat itu seeloknya disalurkan kepada tempat dan aktiviti yang baik malah tidak mendatangkan bahaya kepada mereka sendiri dan orang awam,”katanya.

Tambahnya Kerajaan negeri akan bertindak membela mereka dalam konteks yang baik kerana memahami anak muda yang ingin memilih sukan lasak.

Namun kata Zambry sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini di kawasan itu kerajaan negeri akan turut dikritik kerana membiarkan perkara itu berlaku.

“Paling utama adalah mereka mempunyai bakat tetapi sekiranya dapat disalurkan ke arah kebaikan dan ada ruang untuk terlibat dalam aktiviti tidak membahayakan semua adalah lebih baik.

“Kita akan bekerjasama untuk mengatasinya dan bukanya berkisar kepada hukuman semata,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau telah meminta kepada Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan,Datuk Shahrul Zaman Yahya agar cuba mendekati remaja tersebut dan membimbing mereka.

Ujarnya semua pihak perlu memiliki rasa tanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan melibatkan orang awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");