Berita Hari Ini

Perbezaan agama tak halang sambut Tahun Baharu Cina

KOTA BHARU: Perbezaan agama dan bangsa tidak menghalang seorang ahli perniagaan Cina meraikan anak-anak yatim serta tahfiz sempena Tahun Baharu Cina yang diraikan pada hari ini.

Datuk Seri Sunny Ung, berkata pada sambutan kali ini beliau mengambil insiatif dengan membantu anak yatim serta pusat tahfiz yang memerlukan walaupun ia bukan perayaan yang disambut umat Islam.

“Sempena Tahun Baharu Cina ini, saya berasa terpanggil untuk membantu tidak hanya kepada masyarakat Cina malah masyarakat Melayu terutama mereka yang daif, anak-anak yatim serta tahfiz.

“Sudah lebih lapan tahun saya menjadikan pelajar di Pusat Tahfiz Al-Quran Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (Peka Yatim) sebagai sebahagian daripada 270 anak angkat saya,” katanya ketika di temui di Taman Desa Rahmat, Jalan Bayam, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Sunny turut menyampaikan lima mesin basuh serta naskah Al-quran dan hadis yang musnah akibat dilanda banjir baru-baru ini kepada rumah anak yatim berkenaan.

Sementara itu, Pengetua Peka Yatim Sahbudin Mohamad, 38, berkata dia menghargai sumbangan ahli perniagaan itu dan terharu kerana walaupun berbeza agama, namun tidak pernah mengabaikan kebajikan anak yatim di pusat itu.

“Beliau selalu membantu kami terutama dari segi keperluan asas dan sentiasa memastikan anak-anak yatim di sini dapat belajar dan menghafal Al-quran dengan selesa.

“Kami sering terbuka untuk menerima bantuan daripada mana-mana pihak tanpa mengira fahaman serta bangsa kerana apa yang penting, nasib anak-anak yatim di sini terbela,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");