Sukan Hari Ini

Tiada Pemain Sehebat Messi

LAGENDA bola sepak Argentina, Diego Maradona menyifatkan Lionel Messi merupakan pemain terbaik sepanjang hidupnya.

“Tiada pemain yang hebat sepertinya,” katanya memetik laporan Sinar harian.

Messi dan Cristiano Ronaldo merupakan dua pemain yang terserlah bakatnya menerusi pasukan masing-masing.

Mereka terus bersaing dalam mengecapi pelbagai kejayaan termasuklah dari segi individu, trofi dan juga jumlah jaringan.

Manakala pada tahun 2016, Ronaldo lebih unggul daripada Messi dan pemain asal Portugal itu memenangi gelar Ballon d’Or dan penghargaan pemain terbaik FIFA.

Sementara itu, Messi ditimpa kecederaan bersama pasukan kebangsaan Argentina selain kegagalannya di pentas final Copa America menentang Chile.

“Bagi saya tidak ada pemain yang memliki kemahiran sepertinya. Dalam 56 tahun ini, aku tidak pernah melihat pemain dengan aksi sebegitu hebat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");