Berita Hari Ini

SJKT Ladang Jeram Akan Dapat Sekolah Baharu

KUANTAN : Nasib 50 murid dengan 12 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Jeram di Bandar Damansara mendapat perhatian Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan ketika melawat sekolah itu.

Ini kerana, murid-murid dan guru yang menggunakan kabin sebagai bilik darjah sejak 35 tahun lalu akan dipindahkan ke tempat baharu tahun depan.

Sinar Harian Kementerian meluluskan peruntukan RM10.885 juta untuk membina bangunan baharu dan tambahan RM3.4 juta bagi kerja pelupusan tanah berketinggian 13 meter dekat Indera Mahkota.

Pengerusi MIC Pahang, Senator Datuk R. Goonasegaran berkata, sekolah yang berada dalam ladang kelapa sawit menggunakan kabin untuk bilik darjah dan bilik guru itu perlu dipindahkan ke bangunan lebih selesa.

Menurutnya, ia ditempatkan di sebuah tapak baharu milik anak syarikat kerajaan negeri dan kerja pembinaan sedang dijalankan serta dijangka siap pada 2018.

“Dahulu sekolah ini terletak dalam ladang kelapa sawit tetapi selepas ladang berkenaan dibeli sebuah syarikat swasta, ia pindahkan dan digantikan dengan bangunan kabin.

“Sekolah berkabin di kawasan seluas lima ekar ini sememangnya serba kekurangan dan dalam perhatian kami demi keselesaan murid dan guru.

“Peruntukan yang diluluskan kementerian akan membina bangunan baru dengan enam bilik darjah dan kemudahan lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");