Sukan Hari Ini

Tekanan Tinggi Punca Kalah

PENGENDALI Felda United, Azmi Mohamed berpendapatn tekanan yang tinggi menjadi punca kekalahan The Fighters di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kelmarin.

Ujarnya, kehilangan Hasni Zaidi yang dilayangkan kad merah pada minit ke-58 menjadi antara faktor dua gol dilepaskan di separuh masa kedua.

“Bermain di tempat lawan dengan 10 orang pemain memang satu tekanan yang tinggi untuk kami.

“Motivasi yang tinggi daripada JDT di tempat sendiri juga membuatkan pemain lebih tertekan dan melepaskan dua gol.

“Kalau boleh lihat, dua gol yang dilepaskan itu adalah kesilapan mudah akibat salah faham di antara penjaga gol dan barisan pertahanan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Bagaimanapun, Azmi mengakui tetap berpuas hati dengan persembahan keseluruhan Fighters meskipun tanpa dua tonggak utamanya iaitu Wan Zack Haikal yang mengalami kecederaan dan Lucas Cano yang terpaksa pulang ke Argentina disebabkan kematian bapanya.

“Saya nampak pemain Felda United sudah berusaha dan beri 100 peratus komitmen untuk memberi saingan kepada JDT yang jelas beraksi lebih baik malam ini,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");