Perak Hari Ini

Jangan Terpedaya Dengan Muslihat Tun M

SUNGAI MANIK:Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Rahman menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai muslihat tertentu disebalik tindakan dan kenyataannya.

Beliau yang juga merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak berkata ia terbukti apabila kenyataan Tun Mahathir sering berubah- berubah dan tidak tetap.

“Tujuan kenyataan itu mungkin ingin menarik sokongan orang Melayu,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas Majlis Perasmian Surau Muara Aman di Kampung Air Deras di sini hari ini.

Mengulas berkaitan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan penasihat DAP Lim Kit Siang tidak akan boleh menjadi Perdana Menteri berikutan partinya yang kecil, jelas Tajuddin ia berkemungkinan untuk menarik sokongan orang Melayu sahaja.

“Ia mungkin taktiknya supaya orang Melayu tidak bimbang dengan menyatakan Lim Kit Siang tidak akan menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut menasihati Orang Melayu agar tidak terpedaya muslihat Tun Mahathir berikutan kenyataannya sering berubah-berubah.

“Penyokong mereka hanya akan ditipu oleh mereka nanti,” katanya.

Tun Mahathir juga disifatkannya sering berubah-rubah daripada segi percakapan dan tidak tetap pendiriannya.

“Dahulunya mengkritik DAP tetapi kini boleh berkawan dengan parti itu.

“Bahaya ada pemimpin yang tidak mempunyai pendirian yang tetap dan kita sukar berpegang kepadanya sebagai ketua,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Surau Muara Aman di Kampung Air Deras yang menelan belanja sekitar RM150,000.

Jelasnya kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai peruntukan termasuklah melibatkan keperluan pembangunan ummah menerusi pembinaan masjid dan surau di seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");