Berita Hari Ini

PTPTN Tangguh Bayaran 11 Universiti

SHAH ALAM : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhkan bayaran pinjaman pendidikan itu di beberapa universiti.sehingga bulan hadapan.

Ini kerana menurut pihak PTPTN, lapor Sinar Harian, pembayaran pinjaman terpaksa ditangguhkan berikutan maklumat pengesahan status pengajian pelajar daripada universiti awam yang terlibat masih belum diterima oleh pihaknya.

Antara universiti terlibat yang ditangguhkan pembayaran termasuk:

Universiti Sains Malaysia (USM);
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);
Universiti Putra Malaysia (UPM) – Serdang;
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Space;
Universiti Malaysia Sabah (UMS);
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS);
Universiti Malaysia Kelantan (UMK);
Universiti Malaysia Terengganu (UMT);
Universiti Malaysia Pahang (UMP);
Universiti Teknikal Melaka (UTEM); dan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pihaknya bagaimanapun menjangkakan akan menerima maklumat penuh pada minggu ketiga bulan ini.

“Bayaran akan dikreditkan ke akaun pelajar antara 7 Mac hingga 10 Mac depan,” kata pihak PTPTN menerusi kenyataan, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");