Jenayah

Rumah Terbiar Terbakar

SUNGAI PETANI : Sebuah rumah tidak berpenghuni dan terbiar di Jalan Kampung Batu Dua hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Min Teck, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 3.30 pagi, tadi.

Turut difahamkan rumah terbiar itu dijadikan sarang aktiviti penagihan dadah.

Punca kebakaran masih lagi disiasat samaada ia berkaitan barangan atau aktiviti penagihan dadah berkenaan, di rumah berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Nur Hafizah Mohd Lokman berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 3.33 pagi dan berjaya memadam serta mengawal kebakaran dalam tempoh 16 minit, kemudian.

“Ketika tiba dilokasi, api sudah marak, namun keadaan berjaya dikawal bagi mengelakkan kebakaran merebak ke rumah berhampiran. Kami juga mendapat bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani dan Semeling.

“Keseluruhan rumah kelas c iaitu rumah kayu dua tingkat yang tiada penghuni berkenaan rosak hampir 80 peratus apabila ruang tamu, dapur dan bilik tidur utamanya terbakar dan punca kejadian juga masih dalam siasatan dan tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, kerja-kerja pemadaman itu diketuai oleh Komender Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Khairil Syamsul Mohd Yusof bersama kekuatan dua pegawai dan 15 anggota bomba dan juga 15 anggota sukarela.

“Sebanyak lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam dan mengawal kebakaran sehingga selesai rumah yang keluasan 40×80 kaki persegi,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");