Panasnya Hari Ini

Teruskan Momentun RUU 355

KUALA LUMPUR : Himpunan 355 (H355) yang dianjurkan di Padang Merbok, di sini semalam perlu diteruskan momentumnya sehingga pindaan terhadap RUU Akta 355 lulus di Dewan Rakyat.

Pengarah himpunannya, Nasrudin Hassan berkata, himpunan semalam juga menjadi satu sejarah yang dilakar dengan pengorbanan dari semua pihak yang mahu melihat Islam tegak di negara ini.

Katanya lagi, himpunan yang berjaya mengumpulkan kira-kira 300,000 warga yang cintakan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara memberi isyarat yang sangat jelas.

“Telah sampai masanya Islam dikembalikan ke tampuknya yang tinggi mengatasi ideologi yang dicipta oleh manusia untuk memulihkan kesejahteraan rakyat.

“Rakyat juga mahu Islam diberi peluang pelaksanaannya melalui pemerkasaan syariah untuk memulihkan keamanan negara.

“Tiada siapa lagi yang boleh mempersenda dan memperlekehkan Islam. Justeru, Islam adalah agama yang membawa keadilan sejagat dan kesejahteraan ummah,”katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, Nasrudin turut menghargai semua pihak yang menjayakan Himpunan 355 yang menjadi satu detih bersejarah bagi menyaksikan kebangkitan umat Islam dari pelbagai latar belakang.

“Agenda memartabat Islam dan syariatnya agar ia benar-benar menjadi agama negara mestilah diteruskan momentumnya. Ia menjadi tanggungjawab kita bersama, termasuk rakan-rakan bukan Islam, justeru Islam menjanjikan keadilan dan rahmat untuk semua,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");