Perak Hari Ini

Zambry Sertai MBI Kutip Sampah

IPOH : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini melakukan pemeriksaan ke beberapa kawasan di sekitar Ipoh bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Berpakaian seperti pekerja pembersihan MBI, Zambry berada di perkarangan depoh MBI di Buntong sekitar jam 6.30 pagi bersama-sama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Zambry juga turut menaiki lori sampah dan mengutip sampah di beberapa kawasan perumahan dan berakhir di pusat bandar Ipoh bersama-sama pekerja MBI.

Zambry berkata, ‘penyertaan’ beliau pada pagi itu adalah secara mengejut dan tidak dirancang sama sekali.

“Pagi ini merupakan satu kejutan yang tidak dirancang kerana kalau saya maklumkan, bermakna mereka akan membuat persiapan awal-awal. Jadi saya tidak maklumkan kepada mereka.

“Ini merupakan usaha untuk kita mendekati mereka dan mewujudkan satu semangat dalam kerja berpasukan. Saya juga perlu turun ke bawah selain daripada merasai kerja-kerja mereka kerana di Perak, kami membangunkan negeri ini secara berpasukan,”katanya.

Ujarnya lagi, beliau turut memberi rangsangan kepada pekerja MBI untuk menjadikan Ipoh dan Perak amnya sebagai bandaraya terbersih di Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");