Panasnya Hari Ini

Dasar kuku besi DAP punca ahli ‘angkat kaki’- Liow

KUALA LUMPUR:Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan DAP tidak ubah seperti sebuah parti ‘Lim Kit Siang & Son Sdn Bhd’ apabila bukan sahaja enggan mendengar suara akar umbi, malah bertindak secara kuku besi sehingga mengakibatkan 182 ahli mereka di Melaka angkat kaki.

Memetik sumber Berita Harian ujarnya, tindakan ahli DAP keluar parti itu adalah sesuatu perkara yang boleh dijangka, malah lebih ramai akan mengambil keputusan sama disebabkan sikap pemimpin parti itu sendiri.

“Ini cara pemimpin DAP terutama Kit Siang yang mentadbir dengan mengamalkan cara kuku besi, diktator dan autokratik dalam parti sehingga menindas ahli dan menyebabkan mereka keluar parti.

“Kit Siang dan anaknya (Lim Guan Eng) hanya bekerjasama untuk menjaga kuasa masing-masing dan bukannya ada hala tuju dalam politik,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan 182 ahli DAP Melaka yang keluar parti semalam selepas genap sebulan empat wakil rakyatnya mengambil tindakan sama, kerana bimbang langkah kepimpinan DAP Pusat yang dilihat bertentangan serta tersasar dalam perjuangan sebenar parti itu.

Malah tambah Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berkata, sudah jelas Kit Siang hanya memikirkan kepentingan sendiri apabila sudah lebih 40 tahun masih kekal sebagai pemimpin tanpa memberi peluang kepada muka lain untuk mentadbir parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");