Perak Hari Ini

Debat: Permit Akan Dipohon, Nazri Minta Pembangkang Penuhi Dewan

KAMPAR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pihaknya telah mengarahkan Setiausaha UMNO Padang Rengas untuk membantu penganjur bagi mendapatkan premit penganjuran debat bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung pada 25 Mac ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan pihak Polis hari ini yang mengesahkan tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai perhimpunan perdebatan itu.

Tambahnya lagi, debat itu akan tetap berlangsung seperti yang dirancang pada tarikh yang sama.

“Ia pasti akan berlangsung pada tarikh itu,” katanya kepada media sejurus selepas mengadakan lawatan ke tapak sejarah perang dunia kedua Battle of Kampar di sini hari ini.

Mengulas berhubung penggunaan dewan sekolah sebagai lokasi perdebatan, jelas Nazri ia tidak menjadi satu kesalahan berikutan ia bukanya demontrasi tetapi sekadar penganjuran wacana sahaja.

“Tiada kena mengena untuk tidak boleh menggunakan sekolah kerana ia bukan demontrasi tetapi hanya wacana.Jadi dewan MSRM Padang Rengas itu boleh digunakan untuk wacana,” katanya.

Beliau turut meminta agar Ahli UMNO serta penyokong kerajaan amnya supaya tidak perlu hadir pada sesi perdebatan itu malah sebaliknya meminta agar dewan itu dipenuhi oleh pihak pembangkang.

“Kerana mereka sudah tahu apa yang ingin saya cakapkan jadi biar pembangkang yang memenuhi dewan itu permintaan saya.

“Ia juga supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini jadi penyokong kerajaan tidak perlu datang ke Padang Rengas cukuplah pengundinya dan pihak pembangkang sahaja,” katanya.

Nazri turut berkata tiada sebarang format dikenakan untuk sesi perdebatan dan beliau bersedia menjawab segala pertanyaan yang akan diajukan oleh bekas Perdana Menteri itu.

“Saya harap lebih ramai datang dan terdapat penyokong gila daripada pembangkang mengatakan saya mengehadkan 200 orang sahaja namun itu semua ini pembohongan untuk tunjukkan saya gusar jika ia berjalan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");