Membawang Hari Ini

Iron Ditahan Cederakan Teman Wanita

PENYANYI rap iaitu Iron telah ditangkap polis dan didakwa selepas dituduh menyerang teman wanitanya.

Laporan polis yang dibuat pada Selasa mendapati Iron ditahan selepas dituduh melakukan serangan terhadap teman wanitanya.

Koreaboo melaporkan, Iron dikatakan telah menumbuk teman wanitanya kerana enggan memenuhi permintaannya untuk melakukan hubungan seks.

Kejadian itu dikatakan berlaku di akhir bulan September 2016 tetapi tidak didedahkan kepada umum sehingga laporan itu dikeluarkan pada Selasa.

Satu lagi insiden dipercayai berlaku hanya 15 hari selepas serangan pertama terhadap teman wanitanya itu.

Dalam kejadian kedua, Iron didakwa mencekek teman wanitanya dan menumbuk di muka sehingga meninggalkan lebam selain menyebabkan patah jari kiri selepas wanita itu mahu memutuskan hubungan.

Sebelum ini, Iron telah ditangkap kerana kesalahan menghisap ganja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");