Perak Hari Ini

“Keputusan Saya Menarik Diri Tiada Kaitan Dengan Annuar Musa” – Zainol

IPOH: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menyatakan tindakan beliau menarik diri untuk bertanding mempertahankan jawatannya dalam kongres FAM pada Sabtu ini tiada sebarang kaitan dengan tindakan calon Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang juga EXCO Perak berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Keputusan saya untuk melepaskan jawatan ini telah dibuat sehari sebelum beliau, tetapi saya sengaja tidak mahu hebahkan dahulu.

“Saya juga terlebih dahulu telah berjumpa dengan Menteri Besar dan berbincang sedalamnya dengan beliau,” katanya.

Menurut Zainol, alasan utama beliau menarik diri adalah untuk memberikan komitmen yang lebih sebagai EXCO Perak selain sebagai persiapan menghadapi pilihanraya ke 14.

“Saya ingin memberikan komitmen yang lebih sebagai EXCO Perak dan tumpuan kepada Kerajaan Negeri Perak sendiri.

“Jadi saya ingin memberi peluang pula kepada muka-muka baru untuk bertanding jawatan ini,” katanya.

Zainol juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas kemenangan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya ucapkan tahniah kepada Tengku dan saya berharap akan ada perubahan yang lebih positif pada FAM selepas ini seperti mana yang telah dilakukan oleh Tengku pada JDT,” katanya.

Zainol turut berterima kasih kepada bekas presiden FAM, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di atas segala sumbangan yang telah diberikan oleh Tengku.

“Saya amat menghormati cara kerja Tengku yang sentiasa bersikap telus dan terbuka. Setiap keputusan yang dilakukan dalam mesyuarat juga adalah keputusan bersama.

“Sebenarnya banyak usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Tengku bagi membangunkan sukan bolasepak negara kita cuma ianya tidak dihebahkan,” jelas beliau.

Terdahulu, Kongres Pemilihan badan induk bola sepak negara itu terpaksa diadakan setahun lebih awal berbanding tarikh asalnya selepas penyandang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, melepaskan jawatan selaku peneraju badan induk itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");