Berita Hari Ini

Kurangkan Pesalah Berulang, Malaysia Terima Pengiktirafan Antarabangsa

Malaysia dipuji berikutan berjaya mengurangkan statistik banduan melakukan kesalahan berulang pada 8.59 peratus tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, kejayaan itu turut menerima pengiktirafan negara antarabangsa.

Katanya, berbanding pencapaian di beberapa negara maju, statistik banduan mengulangi kesalahan mencecah 50 peratus.

“Usaha untuk mengurangkan peratusan banduan melakukan kesalahan berulang akan terus diperkasa menerusi pelbagai langkah.

“Memandangkan kira-kira 48 peratus banduan di penjara di negara ini adalah mereka yang melakukan jenayah berkaitan dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) disarankan menggunakan pendekatan baru dalam usaha pemulihan banduan.

Menurutnya, ia termasuk menerusi kaedah pemulihan secara kerohanian dan keagamaan dalam kalangan banduan.

“Penjara bukan hanya bertujuan melaksanakan hukuman tetapi pemulihan dalam kalangan banduan supaya bertaubat dengan perbuatan dan memiliki kehidupan lebih bermakna.

“Dengan menggunakan pendekatan pemulihan kerohanian dan keagamaan, saya yakin bilangan banduan yang mengulangi kesalahan semakin berkurangan dan pencapaian diperbaiki,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");