Berita Hari Ini

Najib Lancar Program Semarak Cintai Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan program Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya di sini.

Turut serta menteri-menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Program Ekspresi Negaraku menjadi platform pertama untuk memacu inisiatif ‘Negaraku’ yang bertunjangkan semangat cintakan Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta negara dalam setiap jiwa Malaysia.

Najib dalam catatan blog beliau sebelum ini berkata inisiatif ‘Negaraku’ bertujuan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam diri rakyat, mengetepikan sebarang perbezaan serta bersatu hati dalam menjayakan cita-cita bagi membentuk Malaysia yang lebih makmur dan berjaya.

Antara kegiatan yang diadakan ialah ‘Zon Kebanggaan dan Kecintaan’ bagi menampilkan kisah-kisah individu yang telah menyumbang kepada negara melalui ‘Kisah-kisah Kejayaan Negaraku’.

Zon Aspirasi pula menyediakan peluang kepada rakyat berkongsi harapan dan aspirasi mereka untuk masa depan negara.

Pada sebelah malam, Konsert Ekspresi Negaraku akan menampilkan artis-artis ternama seperti Amy Search, Ella dan Bunkface.

Najib dalam catatan blog beliau sebelum ini berkata inisiatif ‘Negaraku’ bertujuan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam diri rakyat, mengetepikan sebarang perbezaan serta bersatu hati dalam menjayakan cita-cita bagi membentuk Malaysia yang lebih makmur dan berjaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");