Membawang Hari Ini

Mahu Jelajah Eropah Sebelum Jadi Isteri Orang

KUALA LUMPUR:Berbaki beberapa bulan sebelum menamatkan zaman bujang, pelakon Siti Saleha merancang untuk bercuti ke luar negara bersama beberapa rakan wanitanya.

Jelas Saleha dia bakal menjelajah ke beberapa buah negara di Eropah sebelum umat Islam menyambut Ramadan pada penghujung Mei depan.

“Percutian kali ini lebih istimewa sebelum saya berkahwin. Saya nak luangkan masa bersama rakan-rakan.

“InsyaAllah kami akan ke Eropah selama tiga minggu bermula awal Mei nanti,” katanya memetik sumber mStar Online.

Pada 26 November tahun lalu Siti Saleha, 27, bertunang dengan Lutfi Azhar, 31, seorang pegawai kerajaan.
Pasangan itu merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan selepas Aidilfitri nanti.

Bercerita mengenai persediaan majlis perkahwinannya, Siti Saleha Mohd Baharum ini berkata dia menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada perunding perkahwinan.

“Saya sangat teruja. Tapi persediaan daripada saya sendiri sangat perlahan, lokasi pun belum ditetapkan lagi.

“Kami harapkan perunding perkahwinan akan selesaikan semuanya,” ujar Siti Saleha.

Malah dia terpaksa membataskan penglibatannya dalam bidang seni sementara menunggu hari bahagiannya pada hujung Julai depan.

“Saya tak boleh terima tawaran drama bersiri kerana ia memerlukan komitmen masa yang lama.

“Tapi insyaAllah pada April ini saya akan terlibat dengan dua telefilem,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");