Jenayah

Pembunuhan Kim Jong-nam: Suspek baharu dikenal pasti

KULAI:Identiti beberapa lagi suspek baharu termasuk orang penting yang diburu polis berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam merupakan warganegara Korea Utara.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas lanjut mengenai jumlah dan lokasi suspek berada ekoran tidak mahu menimbul spekulasi hingga mengganggu siasatan.

“Semua suspek baharu yang dikehendaki adalah warga Korea Utara. Hingga kini, hanya warga negara itu antara suspek yang diburu selain seorang dari Vietnam dan seorang lagi warga Indonesia,” katanya memetik sumber Utusan Online.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Penambahbaikan dan Perluasan Sistem Pusat Unit Risikan Jenayah di sini sebentar tadi.

Semalam, Khalid mengesahkan terdapat beberapa lagi suspek baharu termasuk orang penting yang dikehendaki berhubung kes pembunuhan Jong-nam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");