Jenayah

26 Ditahan Dalam Operasi Judi Loteri Haram

JOHOR BAHRU: Seramai 26 orang termasuk seorang wanita dan seorang lelaki warga asing ditahan dalam Op Judi Loteri Awam Tanpa Lesen di empat daerah di negeri ini semalam.

Memetik sumber Utusan Online, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua mereka berusia antara 17 hingga 48 tahun itu ditahan dalam 26 serbuan berasingan melibatkan premis perniagaan di sekitar bandar raya ini, Batu Pahat dan Kota Tinggi.

Katanya, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,196, 26 buah telefon bimbit dan 26 mesin pencetak.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");