Jenayah

3 mayat dipercayai mangsa banjir lumpur ditemui

KINABATANGAN: Tiga mayat dipercayai mangsa banjir lumpur di Ladang Sen Fu, dekat Tongod, ditemui di dua lokasi berasingan di Tongod.

Memetik sumber Berita Harian Online, Dua mangsa pertama ditemui malam tadi oleh penduduk Kampung Masaum, manakala satu lagi ditemui tadi pagi di kampung berhampiran iaitu Kampung Mangkawago.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari keempat hari ini tertumpu di dua kawasan terbabit susulan laporan penemuan itu.

Katanya, bomba pagi ini masih dalam perjalanan ke lokasi penemuan mayat di dua kampung terbabit yang mengambil masa dua jam menggunakan bot dari Keningau.

“Operasi mencari mangsa hari ini tertumpu di kawasan sungai sekitar Kampung Masaum dan Mangkawago menggunakan tiga bot penyelamat dan orang awam.

Selain itu, pencarian diteruskan di kawasan timbunan kayu, batu dan lumpur yang dibawa banjir,” katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, sembilan sekeluarga warga Filipina hilang selepas rumah mereka dihanyutkan banjir lumpur akibat tanah runtuh di Ladang Sen Fu, dekat Tongod.

Dua daripada mangsa iaitu Jalikha Malingkut, 50, dan suaminya Abdul, 50, ditemui selamat di Sungai Penangah, pagi Sabtu lalu.

Tujuh yang hilang membabitkan empat anak pasangan itu dan cucu mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");