Isu Panas

BN Yakin Mampu Hadapi Perang Media Sosial Pembangkang

KUALA LUMPUR – Kepimpinan Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi ‘peperangan’ baharu di media sosial bagi menangkis segala tohmahan pembangkang yang boleh mengelirukan rakyat.

Pengerusinya,  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau yakin segala isu yang dibangkitkan pihak pembangkang melalui pelbagai saluran media social mampu diatasi.

“Kini, medan peperangan sudah berubah berbanding dahulu yang memerlukan pejuang menggunakan tenaga fizikal dengan meredah hutan serta bertentang mata untuk mencapai kemerdekaan.

“Alam maya ini adalah ‘medan peperangan’ yang baharu dan mereka yang menguasainya akan memenangi peperangan baru ini.

“Saya yakin dan percaya aktivis media sosial kita mampu memainkan peranan dalam menangkis ‘serangan’ yang dicipta,” katanya dalam satu majlis malam tadi di ibu negara.

Beliau turut menasihatkan aktivis media sosial untuk tidak bertelingkah sesama sendiri dan memberi fokus kepada perjuangan untuk parti.

“Setiap penulisan itu perlu menekankan keberhasilannya yang mana dapat menambat hati dan minda pembaca kerana itu akan menentukan nasib parti pada Pilihan Raya Umum nanti,” katanya.

Jelasnya, pembangkang sering menimbulkan perkara yang boleh mengelirukan minda rakyat di media sosial dan menjadi tanggungjawab aktivis media sosial BN untuk menangkis ‘serangan’ tersebut.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");