Sukan Hari Ini

FAM Mungkin Guna Khidmat Pengadil Luar Untuk Perlawanan Penting – TMJ

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin akan menggunakan khidmat pengadil luar negara untuk perlawanan besar dan penting, kata Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah, ini berikutan badan induk bola sepak negara itu telah menerima beberapa laporan mengatakan pengadil menjalankan tugas dengan teruk untuk beberapa perlawanan sebelum ini.

“Saya telah mengarahkan pihak Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) untuk melihat semula perjanjian yang kami ada dengan Japan FA di mana untuk perlawanan-perlawanan besar dan penting kita akan menggunakan khidmat pengadil luar negara.

“Ia bagi mengelakkan daripada mana-mana pihak untuk menuding jari. Jika ada yang mengatakan JDT menang kerana saya adalah Presiden FAM, saya telah memenangi tujuh piala buat JDT dan menentang sistem sebelum menjadi Presiden FAM sebelum ini,” katanya dalam entri terkini di laman Facebook, Football Association of Malaysia (official) pada Khamis.

Beberapa insiden membabitkan keputusan pengadil yang dianggap berat sebelah telah dilaporkan termasuk yang terkini membabitkan perlawanan Liga Super antara Kelantan dan JDT semalam.

Keputusan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT pada minit ke-29 itu dianggap kontroversi selepas ia didakwa berat sebelah.

Jaringan itu sekali gus membolehkan JDT menyamakan kedudukan 2-2.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");