Perak Hari Ini

Pembangkang Hanya Tahu “Bangkang Dari Longkang”

IPOH:Pihak pembangkang dilihat seolah sudah ketandusan idea dengan memainkan isu-isu nasional yang “dikitar semula” sebagai isi-isi perdebatan pada sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

Koordinator Barisan Nasional Youth Volunteers Perak, Al Yashir Yahaya berkata tindakan pembangkang itu telah berjaya ditepis oleh kerajaan Perak sepanjang sidang DUN berlangsung beberapa hari lalu.

“Isu pertama yang dibangkitkan merupakan isu pemilihan DUN Belia oleh YB Howard Lee (ADUN Pasir Pinji) yang juga Pemuda Sosialis DAP (DAPSY).

“Untuk makluman, saya adalah salah seorang yang menawarkan diri untuk memerhati perjalanan pemilihan Ahli-ahli DUN Belia.

“Daripada dapatan saya, tiada diskriminasi tentang pemilihan dari segi warna kulit, taraf ekonomi, pendidikan mahupun parti politik,” katanya.

Al Yashir menambah, pembangkang tidak seharusnya menimbulkan isu diskriminasi dari segi pemilihan ahli-ahli DUN Belia negeri Perak kerana ia terdiri daripada segenap lapisan masyarakat yang mewakili pelajar sekolah, mahasiswa, pemimpin belia, atlet,orang kurang upaya, dan orang asal.

“Tiada isu dalam pemilihan dan saya yakin jika ada belia-belia dari DAPSY yang ingin bersama-sama dengan DUN Belia, ia bukanlah satu masalah.

Sudah terang lagi bersuluh, satu pembaharuan yang dibawa oleh Menteri Besar Perak untuk mendengar hasrat anak-anak muda secara inklusif telah menjengkelkan pembangkang yang tampaknya tidak progresif dan inovatif untuk menghasilkan program-program yang berimpak tinggi untuk belia,” katanya lagi.

Malah katanya, DAPSY Perak dilihat semakin terdesak untuk menjalankan aktiviti tersebut kerana menganggap pilihanraya semakin hampir.

Bagaimanapun, DAPSY tidak menggunakan pendekatan turun padang dan tidak pernah melakukan program sebaliknya hanya mencari isu lapuk untuk mengejar publisiti.

Al Yashir menambah, pembangkang menerusi Adun Tronoh, Yong Choo Kiong juga telah menunjukkan kebodohan sendiri apabila mengutuk tindakan Menteri Besar Perak bersama-sama dengan pekerja Majlis Bandaraya Ipoh mengutip sampah baru-baru ini.

“Apabila mereka membangkitkan isu-isu seperti ini, ia membuktikan bahawa pembangkang tiada lagi isu-isu penting yang boleh digunapakai oleh pihak pembangkang untuk mengkritik pentadbiran negeri.

“Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merupakan menteri besar pertama yang melakukan aktiviti sedemikian rupa dengan niat mencorak langkah agar pemimpin-pemimpin lain di negeri ini mengikuti teladan untuk turun ke bawah menyelami denyut nadi semua lapisan tenaga kerja,” katanya.

Jelasnya lagi, ia bukanlah satu gimik politik tetapi merupakan satu kebiasaan bagi Menteri Besar untuk mendampingi semua lapisan masyarakat.

“Ini kerana beliau masih ingat akan asal usulnya yang hanyalah seorang anak nelayan di Pangkor dan pernah merasa keperitan hidup satu ketika dulu.

“Pembangkang perlu lihat dari sudut positif pembangunan masyarakat yang dibawa oleh pentadbiran Dr. Zambry dan sebagai contoh, Kedai Bergerak 1Amanjaya atau KB1AJ yang diselaraskan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada penduduk luar bandar.

“KB1AJ adalah konsep jualan bergerak atau mobile sales di mana lori-lori yang memuatkan barang-barang keperluan asas dijual dengan harga yang amat rendah. Ia satu usaha yang mampan untuk membantu penduduk luar bandar di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Saya mahu bertanya apakah inisiatif pembangkang di negeri untuk membantu rakyat?,” soalnya.

Selain itu, satu agensi di bawah portfolio Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia yang diketuai oleh Datuk Shahrul Zaman Yahya iaitu Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) telah dapat membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi di
negeri Perak melalui job match-making.

“Ini terbukti melalui data yang memperlihatkan seramai 1,549 orang telah berjaya mendapat pekerjaan dari Januari
hingga Mac 2017.

“Pertumbuhan yang sihat ini di dalam jangka masa panjang akan dapat mengurangkan human capital flight yakni tenaga kerja dari negeri ini bermigrasi ke negeri lain untuk mencari pekerjaan sekaligus akan memantapkan lagi
perkembangan ekonomi di negeri ini,” katanya.

Sementara itu beliau turut menyifatkan isu Perbadanan Menteri Besar atau MB Inc. pula sekadar isu lapuk yang dibangkitkan dan percubaan untuk memburukkan Menteri Besar Perak selain mengelirukan rakyat oleh ADUN pembangkang Ngeh Koo Ham tentang terbukti tidak membuahkan hasil.

“MB Inc. yang telah digerakkan semula pada tahun 2014 telah berjaya membantu meningkatkan hasil royalti pasir 61 kali ganda.

“Ngeh patut berbangga dengan pencapaian ini,kerajaan negeri telah berupaya menangani masalah ketirisan isu pasir sehingga negeri Perak ingin dijadikan model oleh negeri-negeri lain. Mengapa perlu bangkang seperti “bangkang dari longkang?”

Tambhanya lagi satu perkara yang dirasakan janggal olehnya Datuk Seri Nizar (ADUN Changkat Jering) tidak lagi memperkatakan tentang isu kegemaran beliau iaitu isu Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Katanya antara yang sering diperkatakan oleh Nizar di dalam sidang DUN sebelum ini adalah USAS hilang identiti Islamik, USAS bukan universiti awam, dan bermacam-macam lagi tuduhan tidak didengari bagi sesi kali ini.

“Mungkin Nizar sudah kehilangan idea dan setuju dengan penubuhan USAS.Saranan saya kepada pembangkang di Perak, jangan membuang masa rakyat untuk kami mendengar perbahasan yang tidak informatif.

“Rakyat khususnya anak muda mahu isu-isu penting diperdebatkan. Jika kerajaan negeri telah lakukan perkara yang baik, haruslah dipuji dan diambil sebagai contoh sebaliknya jika ada kekhilafan, kritik dengan fakta dan bukan auta,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");